Jumat, 09 Desember 2016

AKHLAK MULIA

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakaatuh.

Sahabatku yang dirahmati ALLAH SWT......
Membentuk akhlak mulia dalam kehidupan di dunia merupakan cita-cita luhur yang diharapkan terwujud dalam setiap pribadi seseorang.

Membentuk Akhlak Mulia akan tampak dalam penampilan (Berpakaian), dalam (Perkataan) dan tingkah laku seseorang dalam kehidupan sehari-hari.

Membentuk Akhlak Mulia telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Ayat-Ayat Al-Quran (Yang disampaikan dalam Wahyu-Wahyu melalui Malaikat Jibril Kepada Rasulullah Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam), Sebagai Suri Tauladan (Petunjuk) Rahmat bagi Umat Manusia Sepanjangan Zaman.

Rasulullah Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam adalah Manusia dengan Derajat-Nya tertinggi Di-Dunia, sifat , perangai dan Akhlak-Nya adalah yang terbaik pula.

Baginda adalah kekasih Allah Subhanallahu Wa Ta'ala Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam, Mempunyai sifat Mulia dan Terpuji selalu menghiasi Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam

Adapaun akal manusia tidak akan mampu mencerna dan menjelaskan tentang bagaimana Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam yang sebenarnya

Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sajalah yang Mengetahui-Nya.Ini adalah bukti bagaimana Sempurnanya Nabi kita Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Kisah kehidupan Rasulullah 'Alaihi Wa Sallam yang menunjukkan betapa Tingginya sifat kasih sayang Baginda Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam, tiada secuil pun kesalahan yang pernah dibuat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam semasa hidupnya, kata kata yang terucap Manfa'at dan mengundang kebaikan, perilaku dan gerak geriknya kebaikan pula.

Baginda Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam Rahmat bagi semesta alam termasuk hewan dan tumbuhan.

Berikut sebagian bukti tentang keagungan dan kehebatan akhlak Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam yang patut  Diteladani oleh Kita Umat-Nya.

Kisah Bukti Hebat dan Agungnya Akhlak Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam :

1). Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2). Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah Shalallahu'Allaihi Wa Sallam dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah Shalallahu'Allaihi Wa Sallam.

Namun Rasulullah Shalallahu 'Allaihi Wa Sallam tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah Shalallahu 'Allaihi Wa Sallam menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3). Rasulullah Shalallahu 'Allaihi Wa Sallam pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, "Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?" Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4). Rasulullah Shalallahu 'Allaihi Wa Sallam sangat mengasihi Sahabat-sahabat-Nya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, "Ke mana perginya Si Fulan Si Fulan itu…?"

5). Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallama Sallam, tidak pernah Baginda tidak menunaikannya.Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: "Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudara-Nya, akan Allah tunai 70 hajat-Nya."

6). Pernah satu ketika Seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi.Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam tetap tenang dan berkata,"Biarkan Dia menyelesaikan hajatnya…"Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam menasihatinya, Agar membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam Masjid.

7). Ketika Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut.

Akibatnya, lutut Rasululah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam telah berdarah.Melihat penganiaya'an itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. etapi Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam menolaknya dan berkata, "Jangan, mereka tidak tahu saya ini Rasul-nya." Malaikat menjawab:"Tuan benar." Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: "Ya Allah berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui."

8). Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wa Sallam tidak sudi duduk bersama-Nya.

9). Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam tidak bertindak apa-apa. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam memaafkan-Nya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam lagi.

10). Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam sedang berehat di satu batu.Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam dan berkata, "Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?"

Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam spontan menjawab: "Allah."
Mendengar jawaban Rasulullah  Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam mengambil pedang itu dan bertanya, "Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?"
Da`thur tergamam dan menjawab, "Tiada Siapa."

Akhirnya Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah Syahadah (masuk Islam).

11). Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam sangat penyayang dengan anak-anak-Nya dan bertimbangrasa dengan Isteri-Isteri-Nya.

Pada kesilapan Isteri-Isteri-Nya, Baginda selalu memberi Ma'af. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12). Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, Baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13). Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan.

Baginda terharu dan bertanya :"Mengapa engkau menangis?"Kanak-kanak tersebut menjawab, "Ayah saya telah mati syahid sementara Ibu Saya sudah berkahwin lain.Nasib Saya terbiar dan Saya tidak ada baju baru dan lain-lain persediaan untuk berhari raya."Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wa Sallam mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut.

Baginda berkata: "Sukakah kamu kalau Aku menjadi Ayah-Mu dan Aisyah (Isteri Rasulullah) menjadi Ibu-Mu?" Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam yang mulia menjadi Ayah-Nya.

Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke Rumah-Nya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam kerana dapat menggembirakan-Nya.

14). Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam melihat seorang budak (Hamba Sahaya) sedang menangis di tepi jalan.

Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang.Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri.

Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. "Kenapa kamu masih menangis?" tanya Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam,"Kali ini Saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana Saya sudah terlambat pulang dan pasar," Jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam sendiri menemaninya pulang.

Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan Wanita.Rasulullah SAW terus memberi salam.Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallamitu dijawab. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam bertanya, "Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?" Wanita-wanita itu menjawab, "Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat do'a daripada Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam banyak kali..."

Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam terus menerangkan mengapa budak itu lambat.Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati,

Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam itu, kumpulan wanita itu lantas berkata,  "Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini."Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam.

15). Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak Jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati Jirannya malah Baginda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada Jiran Yahudinya itu.

16). Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: "Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya)."

17). Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyiksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam kesakitan.

Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam sering mengingatkan supaya Unta-Unta dan Himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah sekor kucing tidur atas serban Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam.Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut.

Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam melihat seekor Anjing di tepi jalan.Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu.Maka Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu Anjing itu dan Anak-Anaknya.

Ketika Rasulullah  Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam melihat seekor Himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, Baginda menentangnya dan melarang hewan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

18). Ketika Rasulullah  Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, "Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka." Rasulullah berkata, "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (Kejalan Yang Benar)."

19). Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, "Mengapa Kamu berbuat demikian?" Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: "Hamba Sahaya itu adalah Saudara-Mu, mereka di jadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di bawah Kekuasaan-Mu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (Dibawah Jagaannya), hendaklah Dia memberi makan dengan apa yang Dia makan dan memberi pakaian dengan apa yang Dia pakai dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya.Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka."

Berikut tadi adalah setetes dari lautan Akhlak Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam yang patut Diteladani oleh semua Umat Islam dimanapun berada.

Sebagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa Pengasih dan Pema'af-Nya Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam, Model agung kecintaan yang paling unggul dan patut Dicontoh oleh Manusia (Umat Muslim) Sepanjang zaman.

Cerita-cerita itu menunjukkan betapa Kasih dan Sayangnya Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam kepada Manusia atau Binatang, pena dan kertas tidak mungkin mampu menggambarkan Keindahan dan Keagungan Akhlak-Nya.

Semoga Bermanfa'at Mohon Ma'af Bila Ada Kesalahan Kata-Kata Dan Terimakasih.

Wallahu a'lam.

Tetap Semangat Ta'at Beriman Bertaqwa Beramal Shaleh Dan Istiqamah Dalam Beribadah kepada Allah Subhanallahu Wa Ta'ala Dan Rasul-nya.

Masya Allah.

Semoga Kita Dapat Memetik Hikmah-Nya, Menanamkan Akhlak Yang Mulia Dan Terpuji Serta Menauladhani-Nya Dalam Kehidupan Sehari-Hari.

Insya Allah.

#Aamiin Aamiin Aamiin Ya Raball'Allamiin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar